AJ Rovers dot NET

Search This Site
Calendar
November , 2023 H
SunMonTue WedThuFriSat
1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930
Waktu Solat
Today's Quote
Free Tools of the Day
Giveaway of the Day
Free Game of the Day
Game Giveaway of the Day
World Cup 2018
Web Hosting

AJ Rovers

AJ Rovers Logo
AJ Rovers adalah pasukan bolasepak fantasi yang dimiliki oleh saya. Pada tahun 2000, saya telah mendaftarkan diri dalam satu permainan fantasy football yang dikendalikan oleh Yahoo. Ketika itu tujuan saya adalah untuk menguji pengetahuan saya dalam dunia bolasepak EPL. Lama kelamaan timbul minat yang mendalam sehinggalah saya tidak pernah ketinggalan untuk menyertainya setiap musim. Dan ianya kekal sehinggalah ke hari ini.

Nama AJ Rovers berpunca dari dua sebab. Sebab pertama, nama AJ adalah singkatan dari Anak Johor kerana saya memang dilahirkan di Johor. dan yang kedua, Rovers adalah sempena dari pasukan favorite saya dalam EPL, iaitu Blackburn Rovers. Penggunaan nama ini masih kekal sehingga kini.

AJ Rovers Home Kit

AJ Rovers Home Kit  AJ Rovers Home Kit

Ini pula adalah jersi yang diguna pakai oleh Team AJ Rovers. Ianya adalah hasil rekaan saya sendiri. Jersi masih lagi mengekalkan warna merah dan biru serta diselangi dengan warna kelabu untuk menjadikannya lebih menarik (pada pandangan aku la...)

AJ Rovers Media Center

AJ Rovers Media

Baru - baru ini saya telah melancarkan satu unit media rasmi untuk pasukan saya. Sebenarnya ia tidak wujud di alam nyata, sebaliknya hanyalah untuk menjadikan pasukan saya ini benar - benar 'hidup' dan dapat memeriahkan lagi liga fantasi yang saya sertai. Buat masa ini, saya hanya menggunakan unit media ini di dalam Liga JohorFC.com di bawah kendalian Xpert11. Kemungkinan saya akan menggunakannya dengan lebih meluas lagi sekiranya ada kesempatan.

Logo Lama AJ Rovers

AJ Rovers Old Logo
Sebelum pelancaran logo baru pada tahun 2010, AJ Rovers menggunakan logo lama seperti dalam gambar di atas, ianya adalah hasil usaha saya sendiri kerana inginkan pasukan saya ini kelihatan 'hidup' di alam maya. Saya hanya menggunakan MS Excel sahaja untuk menghasilkan logo ini. Kira OK jugaklah sebab saya tak mahir dengan Adobe Photoshop dan juga Adobe Illustrator.

Web Template created using Cool Template